Loading...

Recent Posts

Friday, January 9, 2009

Cerpen : Cinta keduaku adalah cinta keduanya

dah dua tahun berlalu.Aku tidak menyangka begitu cepat masa berlalu.Namun segala kenanganku masih lagi segar diingatanku.Aku masih tidak dapat melupakan cinta pertamaku yang musnah dipertengahan jalan.Memang cinta pertama memang indah. Walaupun kita jatuh cinta beberapa kali dalam hidup ini, cinta pertama adalah yang paling indah dan istimewa serta amat sukar untuk melupakannya.Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa bahagianya aku bersama Nadia ketika itu.

Nadia adalah gadis pertama yang berjaya mengetuk pintu hatiku yang selama ini tidak pernah dimiliki oleh orang lain.Percintaan aku dengannya dipenuhi dengan saling percaya-mempercayai dan perasaan kasih sayang diantara kami asas kekuatan cinta suciku.
Namun kusangka panas hingga ke petang, tapi hujan di tengahari.Akhirnya cinta yang dibina selama ini musnah juga.Teryata aku bukanlah cinta pertamanya.Dia pergi meninggalkan ku kembali ke pangkuan kekasih pertamaya.Cinta yang aku curahkan kepadanya selama ini tidak sekuat cinta pertamanya.Aku tewas akhirnya dengan cinta mereka.

"Asalammualaikum," satu teriak memberi salam kedengaran diluar.Aku tersentak dari lamunan lalu ku menuju keluar.Rupanya Tasya yang berada disitu.Aku mendapatnya.
"waalaikumussalam.Oh Tasya,ada apa ni?" Tanyaku lalu membuka kunci gate.
"Ini mesti kes lupa lagi ni.Kan kita ada dinner malam ni," masam wajahnya apabila menjawab soalanku.
"
Alamak! saya betul-betul terlupa," kataku menepuk dahi baru sedar aku ada dinner dengan Tasya. "Tasya tunggu dulu saya nak bersiap dulu,"
Tasya sudah mengagak perkara itu berlaku kerana ini bukan pertama kali benda macam ini berlaku berlaku.Aku tahu Tasya telah banyak bersabar denganku selama ini.Selama dua tahun ini, Tasyalah yang banyak membantuku memberiku semangat untuk meneruskan hidup.

Banyak sekali pengorbanannya terhadapku untuk mengembalikan aku yang dahulu berkeyakinan yang tidak mengenal erti putus asa.Aku tahu dalam diam Tasya mencintaku tapi hubungan kami hanyalah teman yang terikat pada janji untuk bersama sehinggalah kami berjumpa dengan pilihan masing-masing di kemudian hari.Dan pada masa itu, kami akan berpisah membawa haluan masing-masing.Aku sebenarnya takut untuk bercinta sekali lagi, lebih-lebih lagi setelah apa yang telah ku alami selama ini.

Namun sejak akhir-akhir ini aku asyik teringat akan Tasya.Aku mula tertarik dengan Tasya.Setiap kalibersamanya aku dapat rasakan suatu perasaan yang aat berlainan sekali.Apkah aku sudah jatuh cinta kepadanya.Aku mula terfikir untuk memberitahu isi hatiku kepadanya.Aku rasa sudah tiba masa untukku meluahkan isi hatiku kepadanya dan melupakan janji yang telah dibuat.

Pada malam itu,aku dan Tasya makan malam di tempat yang telah dipilihnya.Awal-awal lagi dia telah menempah meja untuk kami berdua.Ada kejutan katanya.Aku menanti apakah kejutannya.Mungkin dia ada sesuatu yang hendak dikatanya.Aku lihat wajah Tasya berseri-seri pada malam itu.Wajah yang sangat gembira.Aku suka melihatnya lebih-lebih lagi ketika dia senyum.

"Sudah dua tahun kita bersamakan," kata Tasya sambil tersenyum.

" Betul, rasanya macam kejap je kan masa berlalu," kataku mengagguk.

"Awak rasakan bila awak nak bertemu dengan pilihan awak tu,"

"kenapa awak cakap macam tu, awak nak kita berpisah ke?" Aku tidak faham kenapa dia berkata begitu.

"Tak adalah tapi…," kata-kata Tasya terhenti.

"awak dah ada orang lain ke.Baguslah macam tu.So kita boleh putuslah," aku lantas memotong kata Tasya.Tasya hanya diam sahaja.Matanya hanya terpaku memandang sesuatu.Aku menoleh ke belakang.Aku terkejut apabila memandang bekas kekasih Tasya sedang berdiri dibelakang aku.Aku mula sedar inilah kejutan yang dikatakan.Hasratku untuk meluahkan isi hatiku pudar.

"Tasya inikah kejutan itu?
Nampaknya memang betul-betul kejutan.Okeylah saya tahu awak sudah ada punya so sampai disini sahaja hubungan kita," aku pun bangun dan beredar dari situ.Tasya masih lagi diam.Dia masih tergamam dengan apa yang berlaku.Lebih-lebih lagi kumunculan Razif itu.Baru aku melangkah,Tasya menahanku dari beredar.
"nanti dulu Amri, awak dah salah faham," Tasya bangun menghalangku.Aku tidak mengendahkannya.Hatiku hancur lagi.Sekali lagi aku tewas dengan cinta pertama.
Aku melngkah pergi.Sedang aku berjalan, pelayan membawa sebuah kek menuju kearah Tasya dan Razif.Dalam kadaanyang sedih itu ,aku terlihat apa yang tertulis pada kek itu.
‘Selamat hari jadi Amri’

Sebulan masa berlalu.Aku kini semakin tabah menghadapi apa yang berlaku.Pengalaman mengajarku agar dapat menerima segala ujian dariNya.Kehidupan ku kembali normal.Namun ada kekesalan dihatiku.Sebenar kejutan dari Tasya adalah untuk menyambut hari jadi aku.Apa yang boleh ku buat segalanya telah berlaku.Mungkin aku tiada jodoh dengannya.

Petang itu aku berjalan di taman untuk menghirup udara segar setelah penat bekerja sepanjang hari.Aku berjalan di tepi tasik buatan manusia untuk menikmati ketenangan.
Sedang aku berjalan, aku di sapa oleh seseorang.Rupa-rupanya Tasya berdiri dihadapanku.
"apa kabar?" itulah perkataan yang keluar dari mulutku.Kami duduk di tembok yang dibina ditepi tasik itu.

"Kenapa awak pergi begitu sahaja tempoh hari?" tiba-tiba soalan itu muncul dari Tasya.Aku tidak tahu macam mana hendak menjawabnya.

"awak nak tahu tak hari tu, kejutan saya adalah sambutan hari jadi awak.Sebenarnya kehadiran Razif adalah kebetulan," jelasTasya.

"maafkan saya,"

"Sudahlah, perkara sudah berlaku," kata Tasya.Aku mengangguk saja "Awak nak tahu, sejak saya jumpa awak saya dapat rasakan yang awak ni lain jika dibanding dengan orang lain.Saya mula menyukai awak.Saya pun pernah dikecewakan dahulu.Saya tahu macam mana pedihnya putus cinta.Sebab itu saya berusaha untuk mendekati awak.Janji yang saya buat tu pun hanyalah sebagai alasan saya untuk bersama awak.Amri saya mencintai awak,"
Aku hanya diam sahaja

mendengar kata-kata Tasya itu.Aku tidak menyangka selama ini dia menaruh harapan kepadaku.Selama ini juga dia memendam rasa terhadapku.Aku memandang wajah Tasya.Setelah seketika aku membuka mulutku.
"Sebenarnya saya pun mencintai awak.Tapi janji yang dibuat itu membuatkan saya berfikir mungkin saya bertepuk sebelah tangan," akhirnya dapan juga aku meluahkan isi hatiku.

Semenjak hari itu,kami bersama sehinggalah kini.Kami selamat diijabkabulkan.Begitulah kekuatan cinta.Entah dari mana ianya datang, dari kegembiraan, dari kekecewaan ianya adalah satu perasaan yang amat suci.Walaupun hadirnya dari cinta kedua, aku berasa amat bahagia.Tasya enkaulah cinta keduaku dan aku adalah cinta keduamu.

No comments:

Jika kau percaya Matahari dan bulan masih ditempatnya Maka bukalah pintu hatimu seluas-luasnya Kerana ada bahagia Yang sedang menantimu di sana
If you love someone Let them go If they return to you It was meant to be If they don't Their love was never yours to begin with "It's hard to tell if you love someone until they are gone"
Dalam kerendahan diri ada ketinggian budi Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa Dalam kesempitan hidup ada keluasan ilmu Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah
biLa MaTa berTeMu MaTa aKaN TiMbuL raSa ciNTa biLa HaTi berTeMu HaTi aKaN TiMbuL raSa SaYaNg daN biLa DaHi berTeMu SeJaDaH aKaN TeRaSa KEBESARAN ALLAH S.W.T